+ -

Cari Blog Ini

Pages

Kamis, 11 Juli 2013

Syarat Dan Rukun Puasa

Syarat wajib puasa
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
·         Berakal/waras
·         Baligh (cukup umur)
·         Mampu/tidak uzur.
Syarat sah puasa
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
·         Orang Islam
·         Berakal - tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumayyiz
·         Suci daripada haid dan nifas
·         Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
Rukun puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu:
·         Berniat pada malam harinya
·         Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Sunat puasa
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
·         Makan sahur serta melambatkannya
·         Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
·         Menjamu orang-orang berbuka puasa
·         Solat Tarawih pada malam harinya
·         Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
·         Berungguh-sungguh dan tekun berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk mendapatkan malam al-Qadar atau Lailatul Qadar.


5 Umiliya Isbatika: Syarat Dan Rukun Puasa Syarat wajib puasa Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan: ·          Be...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

< >